13 orang awam India terbunuh akibat tembakan Pakistan

4 hours ago 2
  • Oleh KOSMO!
  • 8 Mei 2025, 2:18 pm
ASAP menyelubungi udara selepas peluru meriam mengenai bandar Poonch di rantau Jammu milik India semalam. – AFP

NEW DELHI – Kerajaan India menyatakan hari ini  bahawa 13 orang awam terbunuh akibat tembakan Pakistan dalam ‘pelanggaran gencatan senjata’  di sepanjang sempadan negara berkenaan sejak semalam, selepas keganasan meningkat kepada tembakan artileri berikutan serangan udara India.

Kementerian Luar India berkata, semua yang terbunuh berada di bandar Poonch, dengan 59  penduduk lain cedera, majoriti mereka juga warga Poonch.

Tentera India juga berkata bahawa seorang askarnya  turut terbunuh di Poonch semalam akibat  tembakan tentera Pakistan,  menjadikan jumlah kematian yang disahkan di pihak India meningkat kepada 14 orang. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |