Sejumlah 9,880 EV, hibrid dijual suku pertama tahun ini

5 hours ago 2

SERDANG – Sejumlah 43,572 kenderaan elektrik bateri (BEV) kini beroperasi di jalan raya Malaysia, termasuk 9,880 kenderaan elektrik dan hibrid yang telah dijual hanya pada suku tahun pertama 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, antara pencapaian sektor kenderaan elektrik (EV) Malaysia termasuk sambutan menggalakkan program E-bike MARiiCAS, yang mula diperkenalkan dalam Bajet 2024 untuk mendemokrasikan penggunaan e-motosikal melalui rebat RM2,400 untuk pemohon berpendapatan bawah RM120,000 setahun.

“Dari 2024 hingga suku tahun pertama 2025, 8,6583 permohonan telah diluluskan, dengan jumlah rebat berjumlah RM20.8 juta.

“Dari segi infrastruktur, setakat 31 Mac 2025, terdapat 4,161 stesen pengecas EV di seluruh negara (2,857 pengecas arus ulang alik dan 1,304 pengecas arus terus).

“Kerajaan tetap komited kepada sasaran menubuhkan 10,000 stesen pengecas EV pada penghujungnya 2025, terutamanya dengan sokongan pemain utama seperti seperti Gentari,” katanya pada ucapan peluncuran Pameran Automotif Malaysia 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut berkongsi bahawa Perodua telah menyiapkan Pembangunan model EV pertamanya dan dalam landasan untuk pengeluaran komersial pada hujung tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |