Modenas perkenal empat motosikal baharu di MAS2025

4 hours ago 3

SERDANG – Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), sebuah syarikat Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) melancarkan empat model baharu merentasi tiga segmen pasaran di Pameran Automotif Malaysia 2025 (MAS2025) hari ini.

Ia termasuk siri terbaharu motosikal Modenas MEV dengan pengenalan dua model skuter elektrik, skuter Modenas Kymco DTX 250, dan motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Ninja H2SX SE.

Model pertama ialah skuter elektrik MEV-2 dengan jarak perjalanan 107 kilometer (km) pada harga bermula RM9,878 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Skuter elektrik kedua ialah MEV-1 Pro/Pro SX dengan jarak perjalanan 135 km, pada harga bermula RM13,470.

Modenas Kymco DTX 250

Selain itu, Modenas KYMCO DTX 250 adalah skuter bandar yang lincah bergaya, sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan pengembaraan hujung minggu dengan enjin bersesaran 246 cc pada harga RM22,500.

Kawasaki Ninja H2 SX SE pula adalah motosikal sport touring, dikuasakan enjin 998 cc empat silinder dengan supercharged sejukan cecair pada harga RM129,400.

Kawasaki Ninja H2 SX SE

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, pelancaran tersebut menandakan detik penting selaras dengan wawasan Modenas untuk melangkah ke hadapan, terutamanya dalam segmen mobiliti yang lebih mesra alam.

“Ia juga melambangkan komitmen Modenas terhadap kehendak rakyat Malaysia.

“Kami berharap dengan model-model baharu yang menarik termasuk siri motosikal elektrik MEV baharu, Modenas dapat memenuhi keperluan semua lapisan penunggang,” katanya pada majlis pelancaran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

MAS2025 berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |