[VIDEO] Pesanan pengguna vape sebelum meninggal dunia

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang pesakit yang menghidap penyakit jantung akibat ketagihan menghisap vape sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai tentang bahaya penggunaan vape sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi, hari ini.

Menerusi hantaran video oleh pemilik akaun @radzirockrider di TikTok, lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pesara itu berkongsi pengalaman peritnya melawan kesan penggunaan vape selama empat tahun yang bermula akibat tekanan kerja.

“Jantung saya tinggal tiga peratus untuk berfungsi. Saya terpaksa ditidurkan dan diberi oksigen untuk diselamatkan. Dua minggu lepas dimasukkan ke wad sebab jantung lemah.

“Saya hisap vape sampai sebelah tangan pegang vape, sebelah lagi pegang pemegang motosikal. Bila berhenti hisap vape selama dua hari, saya sesak nafas kerana jantung lemah, kemudian dibawa ke hospital,” katanya.

Tambahnya, dia menceritakan bagaimana keadaannya menjadi kritikal hingga perlu dimasukkan oksigen dan paru-parunya ditebuk bagi mengeluarkan cecair kuning serta nanah, sebelum memberi pesanan terakhirnya.

“Kepada orang muda, berhentilah hisap vape, masih ada masa dan peluang,” ucapnya.

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan kisah arwah dan menjadikan video itu sebagai peringatan.

“Terima kasih kerana berkongsi. Moga jadi pengajaran buat kita semua. Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin,” komen @eddieazroy.

“Vape pun jangan, rokok pun jangan. Dua-dua tak ada manfaat. Saya dulu perokok tegar, sehari 40 batang. Alhamdulillah, dah 10 tahun berhenti,” kongsi @rizal.m.zahid. -KOSMO! ONLINE

@radzirockrider Membalas kepada @radzirockrider ♬ bunyi asal – RadziRockRide
Read Entire Article
Pertanian | | | |