Aliff Syukri ‘pasang’ peguam, kejar hutang bernilai RM50 juta

3 hours ago 2

PETALING JAYA – “Saya pula yang nampak seperti pengemis bila nak kutip hutang.”

Kemurahan hati sering diambil kesempatan, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui serik untuk memberi pinjaman kepada mana-mana individu selepas ini.

Menurut Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, rata-rata individu yang meminjam wang daripadanya sehingga gagal membayar semula hutang mereka yang jumlah keseluruhan mencecah RM50 juta.

“Saya ada ramai kawan yang hidup nampak mewah tetapi realitinya suka pinjam duit orang tetapi tidak bayar. Terlalu ramai pinjam dengan saya.

Pada akhirnya, bila saya nak minta semula duit, saya pula yang kena mengemis. Sebab itu saya tak ada kawan baik lain selain isteri sendiri.

“Saya sudah bertaubat, siapa pun nak jumpa, tidak kiralah menteri, datuk seri, mak cik atau pak cik sekali pun, saya sudah tidak percaya kerana terlalu kerap kena tipu,” katanya kepada Kosmo! Online di kediamannya baru-baru ini.

Bukan mahu menjadi individu kedekut, Aliff menegaskan pendirian itu disebabkan kepercayaannya terhadap janji yang ditabur peminjam sudah tiada dan dia pula menjadi mangsa dalam situasi tersebut.

Sebelum ini konsep saya, kalau orang tu nak pinjam RM1,000, saya beri dan anggap itu sebagai zakat sebab kalau sebagai pinjaman, akan jadi bergaduh.

“Jadi, sekarang biarlah saya susah senang dengan isteri dan keluarga sahaja.

“Saya juga beri pinjam kepada 50 orang tetapi 50 orang itu tak bayar semula duit saya. Tiada lagi yang nak bayar.

“Tapi, bila viralkan, orang kata saya berniat jahat, memang serik,” ujarnya.

Bagi mendapatkan haknya semula, Aliff memilih untuk melantik peguam dan tindakan undang-undang diambil terhadap peminjam yang terlibat.

“Sekarang ini sedang berusaha untuk dapatkan kembali hak saya, jumlah semuanya sekitar RM50 juta.

Orang luar hanya tahu cerita secara luaran sahaja tetapi hakikatnya kes ini sedang berjalan di mahkamah.

“Kalau nak ulas lebih-lebih pun tak boleh sebab perbicaraan masih berlangsung,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |