[VIDEO] ‘Ingatkan dapat surat cinta, rupanya..’

9 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa ditemukan di dalam bonet hadapan keretanya yang diletakkan di kawasan parkir.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Risshas, kejadian itu disedari selepas wanita berkenaan menemui satu nota ditinggalkan individu tidak dikenali pada cermin keretanya.

“Saya nak keluar makan masa tu, perasan ada nota dekat cermin kereta. Ingatkan dapat surat cinta, rupanya… ada ‘pendatang asing tanpa izin’ (ular sawa) sedang tidur nyenyak dalam kereta saya.

“Bayangkan kalau tiada hamba Allah yang berhati mulia tinggalkan nota tu, mungkin saya dah kena belit dalam kereta. Mujur juga abang-abang bomba datang bantu,” tulisnya di dalam kapsyen video.

Rakaman berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan aksi sekumpulan anggota bomba menangkap ular tersebut sebelum dibawa keluar dari kereta berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut memuji tindakan individu yang meninggalkan nota tersebut.

“Penulis surat ini dapat banyak pahala,” kata @Noitol.

“Baik nya orang yang tinggalkan nota itu. Siap bagi nombor telefon bomba situ lagi,” kata @Nadh.

“Dapat surat cinta pun okay juga kan?,” seloroh @Mahrup. – KOSMO! ONLINE

@risshas “Dah takde haiwan lain ke kau nak bela? ” Pengalaman pertama saya ular masuk dalam kereta😂 Tah la nak rasa takut ke exited. Mujur lah ade hamba Allah baik hati tinggalkan nota kat cermin kereta, kalau tidak tak tau la apa jadi. Hanya Allah yang dapat balas jasa mu. Terima kasih jugak abang² bomba yang tolong, jasamu dikenang 🫡 Maaf yang ni saya takleh nak sattle sendiri..sebab cikgu saya dulu tak ajar main ular, dia ajar main tali je. Sekian laporan saya. #ularsawa #bombamalaysia #abangbomba #celorengmerah #ular #bombasentul #kl #makananviral #fypシ #foryou #viral #fyp #masukberandafyp #foryourpage ♬ I Can Do Anything / Finale – Christopher Lennertz
Read Entire Article
Pertanian | | | |