[VIDEO] Boleh masuk ‘resume’ sebab teman polis kejar pencuri kabel

6 hours ago 6

PETALING JAYA – “Boleh dah nak masuk ‘resume’, pengalaman ikut polis kejar pencuri kabel.”

Itu antara komen yang ditinggalkan netizen selepas beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan peronda dikongsikan menerusi akaun TikTok @mafbb600 memaparkan detik mendebarkan sekumpulan anggota polis sedang mengekori sebuah kereta dinaiki suspek curi kabel.

Dalam rakaman berdurasi lebih dua minit itu, kelihatan kereta peronda polis mengekori rapat sebuah kenderaan jenis Proton Wira dinaiko beberapa individu dipercayai terlibat kegiatan curi kabel di kawasan perumahan.

Aksi itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya mengakui mereka seolah-olah bersama-sama berada dalam kereta polis tersebut bagi memburu penjenayah.

“Serius rasa macam tengah main game GTA, tapi versi real. Berdebar tengok polis kejar dekat-dekat,” kata Zakri.

Ada juga yang berseloroh menyifatkan pengalaman menonton video itu bagaikan latihan praktikal dan boleh dimasukkan dalam ‘resume’ kerana terasa benar-benar berada dalam misi memburu penjenayah bersama pihak berkuasa.

“Video ini boleh ‘submit’ dekat SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) sebagai ‘resume’ tak bang yang saya dah pernah ikut kejar penjenayah,” seloroh @JIE7.

“Kali pertama ikut polis kejar mengejar. Impian dari kecil asyik main ‘polis entry one two jaga’,” komen Khusyairi Burhanuddin.

Rakaman berkenaan kini tular di media sosial dengan lebih tiga juta tontonan dan ramai meluahkan rasa puas apabila melihat usaha polis mengekang kegiatan mencuri kabel yang sering menyusahkan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

@mafbb600 #fyp #curikabel #foryoupage #mpvjbs #polisjohor ♬ Langkah seiringan Cover – Najmi Mhmmd
Read Entire Article
Pertanian | | | |