KUALA LUMPUR – Atas nama persahabatan, penyanyi popular Siti Nordiana mengambil pendekatan untuk tidak mengulas tentang masalah rumah tangga yang sedang dihadapi kawan lamanya, Nubhan dan Dr. Afifah Tawfek.
Menurut penyanyi yang mesra dengan panggilan Nana itu, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan yang sedang dalam proses pengesaah cerai itu.
“Sebenarya saya tak nak komen tentang hal rumah tangga mereka. Mereka berdua ialah sahabat saya. Dalam keadaan macam ni, lebih baik saya diam.
“Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua. Saya tak mahu komen lebih-lebih. Takut!
“Lagi pun kes mereka masih dalam proses mahkamah jadi tidak elok untuk saya komen apa-apa. Lebih baik kita bagi ruang pada mereka. Kita pun tak tahu apa yang mereka hadapi,” katanya ketika ditemui usai pelancaran lagu baharunya, Ahai, semalam.
Tambah juara Gegar Vaganza musim kedua itu lagi, biarpun dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang konflik yang melanda dua sahabatnya itu, tetapi dia sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
“Saya memang sangat sayangkan mereka berdua. Biarpun saya tak beri apa-apa kenyataan, tetapi percayalah saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua,”jelasnya.
Sementara itu bercerita tentang lagu baharunya, Ahai, Nana meluahkan rasa teruja kerana akhirnya dapat menghasilkan lagu berentak irama Malaysia setelah sekian lama.
“Ramai sangat peminat yang rindukan lagu baru daripada saya. Dua tahun juga saya ambil masa untuk berfikir sama ada nak buat ataupun tidak lagu berentak irama Malaysia.
“Akhirnya saya buat keputusan tahun ini kita hasilkan lagu irama Malaysia sebab ramai yang dah rindu. Lagi pun saya dah lama tak menyanyi lagu baharu setiap kali ada ‘show’,” kongsinya.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Saleh sudah dilancarkan dalam saluran Youtube malam tadi. Nana turut membuat persembahan lagu Ahai di hadapan peminat di perkarangan Bukit Bintang di mana wajahnya turur terpampang di skrin gergasi di lokasi ikonik itu. KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2





![[VIDEO] Kucing teman penghantar makanan curi tumpuan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-hantaran-pengguna-TikTok-memaparkan-kucing-berwarja-oren-menemani-penghantar-makan-dipercayai-tuannya-mencari-rezeki..jpeg)











































