[VIDEO] Kucing teman penghantar makanan curi tumpuan

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Gelagat seekor kucing berwarna oren duduk di atas beg penghantar makanan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Che_moon_, merakam kucing itu mengikuti seorang lelaki dipercayai tuannya mencari rezeki pada waktu malam.

“Gigih oyen (kucing) ikut mencari rezeki demi sesuap makanan. Dapat upah, jangan lupa minta tuan belikan helmet,” ujarnya.

Video berdurasi 20 saat itu dipercayai berlaku di Tanjong Malim, membuatkan penduduk sekitar kawasan turut terhibur aksi selamba kucing bersama tuannya.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuk yang teruja dan memuji gelagat kucing itu.

“Selepas ini mesti ramai pelanggan minta oyen (kucing) hantarkan makanan sekali,” komen @Uchumazrina

“Macam ini yang terbaik. Susah senang bersama, bukannya makan dan tidur sahaja,” komen @Arara.

“Ini bukan oyen (kucing) mencari rezeki. Ini kerana tak percaya tuannya, risau nanti ada kucing baru dibawa pulang,” komen @Asyarmadi –KOSMO! ONLINE

@che__moon__ Oyennnn! Gigih ko pun ikut mencari rejeki demi sesuap wetpud ya. Keje leklok! Nanti dah dapat duit, jangan lupa suh bibik belikan helmet untuk nko sekali..safety first! 😆😆#oyen #foodpanda #fyp ♬ Jelly Fish Jam – Techno Mix – Da Fokin
Read Entire Article
Pertanian | | | |