[VIDEO] ‘Berkali-kali lompat depan rumah, atas kereta, ada yang berdendam ke?’

1 day ago 9

PETALING JAYA – Bayang berwarna putih yang kelihatan seolah-olah melompat berkali-kali di hadapan sebuah rumah sebelum berada di atas sebuah kereta mengundang rasa seram dalam kalangan pengguna media sosial.

Rakaman tersebut diambil di sebuah rumah di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang kira-kira pukul 4.22 pagi kelmarin.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna @aie_95, objek putih berkenaan pada mulanya dilihat bergerak dengan cara seperti melompat-lompat di kawasan hadapan pagar rumah.

Apa yang lebih menyeramkan, objek tersebut kemudiannya kelihatan bergerak menghampiri kenderaan yang diparkir di halaman rumah sebelum seakan-akan berada di atas kereta berkenaan.

“Siapa hijab terbuka boleh nampak apa tu. Banyak kali dah benda ni duk terbang-terbang,” tulis pemilik hantaran berkenaan.

Menurut pemilik akaun itu, sistem CCTV di rumahnya juga beberapa kali mengesan pergerakan di kawasan tersebut termasuk sekitar pukul 3 pagi.

Dalam ruangan komen sama, pemilik hantaran turut berkongsi gambar keretanya yang dipenuhi kesan tanah pada bahagian belakangnya.

Dia turut mendakwa sebelum ini pernah menemui telur ayam kampung di bawah sinki rumahnya dalam keadaan yang dianggap pelik.

Tinjauan di ruangan komen ramai yang mendapati berasa seram dengan rakaman itu malah ada yang mendakwa melihat bayang makhluk ghaib tertentu.

“Pocong tu, buatlah baca-baca sikit depan rumah. Macam ada orang hantar tanah kubur tu,” tulis seorang pengguna.

“Pocong tu. Dia memang tak besar selagi mana tak menjelma. Saya pernah terambil gambar yang terbang.. masa tu pukul 11.30 malam. Baca mathurat tiap lepas subuh dan lepas asar,” komen Mawar.

“Dia lompat atas kereta dengan depan rumah. Ada orang berdendam ke ni dengan pemilik?,” komen Zwanyakop. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |