TANGKAP layar menunjukkan Neymar menari bersama bapa-bapa lain dalam satu aktiviti kelas balet. - AGENSI
- Oleh KOSMO!
- 24 Ogos 2026, 8:00 pm
BRASILIA – Satu rakaman video memaparkan bintang bola sepak Brazil, Neymar yang turut menari bersama bapa-bapa lain dalam aktiviti kelas balet anak perempuannya, Mavie tular di media sosial, lapor halaman berita radar kediri.
Detik itu dikongsi oleh Cris Guede yang merupakan sahabat karib pemain bola sepak itu.
Dalam rakaman tersebut, Neymar dilihat mengikut gerakan tarian bersama ibu bapa lain di hadapan kanak-kanak .
Aktiviti itu merupakan sesi khas yang menjemput para bapa untuk menari bersama anak perempuan mereka sempena sambutan Hari Bapa, baru-baru ini.
Aksi Neymar itu mencuri perhatian dan mendapat maklum balas positif netizen.
Kehadirannya di kelas balet Mavie sekali lagi menunjukkan sisi lain bintang tersebut sebagai seorang bapa yang prihatin dan mahu terlibat dalam aktiviti anaknya. – AGENSI

9 hours ago
5



































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)













