[VIDEO] Atuk 70 tahun gali kolam demi cucu kesayangan

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Tindakan seorang warga emas berusia 70 tahun yang sanggup menggali tanah untuk membina sebuah kolam demi menggembirakan cucu kesayangannya mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, @Mrsholding04, kelihatan lelaki berkenaan sedang menggali tanah sebagai tapak untuk membina kolam khas buat cucunya.

Dalam klip yang sama juga menunjukkan setiap proses sepanjang pembinaan kolam tersebut yang telah menuai pujian orang ramai.

“Kau tengok ayah aku, umur sudah 70 tahun pun masih degil gali lubang.. katanya nak buat kolam untuk cucu.

“Ayah aku ini dulu cengey (garang) orangnya dengan anak-anak tapi dengan cucu lembut hati,” tulisnya dalam klip tular tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan warga emas itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, yang rata-rata tersentuh dengan kasih sayang dan usaha beliau demi membahagiakan keluarga.

“Respect lah dah usia 70 tahun masih mantap bertenaga lagi salute lah!!! rezeki dari Allah jua syukur selalu,” kata Anggerik Long.

“Atuk is a good person (orang baik) Dia cipta memori dengan anak-anak cucu supaya mereka ada kenangan yang baik, indah bersama datuk dan nenek. Berbanggalah,” komen Azzalya82.

Sementera itu, ramai yang turut berseloroh mengenai kegigihan lelaki tersebut menandakan lelaki tersebut sudah pun menyayangi cucunya lebih dari zuriat sendiri.

“Atuk memang sengaja buat attractions (tarikan) supaya cucu balik kampung,” ujar Mizz Taurus.

“Pandai atuk ini cakap halus-halus, anak dan cucu pasti kalah, kalau dah siap ini tiada pilihan lain selain kena balik kampung juga,” komen Abang Lyn.

“Pandai Pak Cik ini buat pelaburan sebab pada masa yang sama anak-anak cucu menantu semua boleh balik jengukkan atuk,” balas Emeisue – KOSMO! ONLINE

@mrsholdings04 #kolamtokwan#sygcucu14org #TokHajiDan#fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – Boss MRS 😍
Read Entire Article
Pertanian | | | |