[VIDEO] ‘Apa benda banyak lalu-lalang pukul 3 pagi ni ye?

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila terdapat gerakan seperti asap didakwa muncul di ruang tamu yang dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) pada pukul 3 pagi di rumah ibunya.

Menerusi hantaran Thread Einaaziz.my, dia memuat naik dua video rakaman CCTV tersebut yang memperlihatkan terdapat gerakan seperti asap dan ketika itu, tiada sesiapa di ruang tamu berkenaan.

“Pagi tadi periksa CCTV rumah mak, apa benda yang banyak lalu-lalang pukul 3 pagi ni ye? Aktif sampai pagi. Tak pernah ada sebelum ni. Ada yang boleh bantu jelaskan,” katanya bertanya kepada pengguna Thread yang lain.

Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu turut memaklumkan tiada alat semburan pewangi diletakkan di ruang tamu tersebut.

“Tak ada sis, kalau nyamuk setiap hari pun ada. CCTV ni lama dah pasang, cuma pergerakan yang ni, CCTV rakam banyak kali pagi tadi,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada pengguna Thread mendakwa, mereka berdepan situasi sama apabila CCTV di rumah turut merakam gerakan seperti asap tersebut.

“Weh samalah, sebenarnya saya pun jadi tanda tanya juga sampai sekarang. Padahal tak ada pasang ubat nyamuk pun,” komen Zharulguitarist yang turut berkongsi video rakaman CCTV di rumahnya.

“Rumah sepupu saya pernah kena macam ni. Mula-mula fikir positif itu habuk atau serangga. Tapi tak sampai beberapa hari positif, habis ‘dia’ jatuhkan barang-barang dalam rumah semua. Bingkai gambar, sijil dalam bilik semua jatuh berkecai. Tilam bantal habis dicampak ke bawah. Panggil ustaz datang, rupa-rupanya memang ada terperangkap dalam rumah tak boleh keluar. ‘Dia’ datang ikut orang hantar perabot malam-malam sebelum kejadian. Azan satu rumah, semua bilik buka semua tingkap. Alhamdulillah, ‘dia’ keluar, tak ada lagi lepas tu dekat CCTV,” dakwa Mohd. Taufiq Raja.

“Rumah nenek, pak cik pasang CCTV sebab nenek duduk seorang, sementara tunggu bibik sampai. Tengah-tengah malam, mak cik buka CCTV, nampak ada kaki saja berjalan, badan tak ada. Lepas tu dia dah tak berani nak periksa CCTV malam-malam,” komen Neslooais. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |