[VIDEO] 11 beradik jadi ‘punca’ air mata ayah gugur

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Tangisan gembira seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun sejurus menerima hadiah sebuah Proton X70 daripada 11 orang anaknya menjadi sorotan orang ramai.

Menurut salah seorang anaknya, hadiah itu diberi bersempena dengan Hari Bapa serta ulang tahun perkahwinan kedua-dua orang tua mereka yang ke-38.

Menerusi perkongsian video berdurasi kira-kira dua minit oleh @azzerruleyoung di media sosial, jelas memperlihatkan kemesraan dan kesepakatan dia dan adik-beradiknya itu.

“Hadiah daripada kami 11 beradik yang tumbuh membesar oleh tanganmu abah dan ma. Sempena Hari Bapa, untukmu abah dan ulang tahun ke-38 bersama ibu yang dicintai.

“Dulu dia cuma ada motosikal buruk ja sebiji. Motosikal tu lah buat berulang hantar sekolah dan pergi kerja. Masa raya, dia angkut sikit-sikit kami adik-beradik balik ke rumah atuk,” katanya.

Perkongsian pemuda itu meraih kekaguman orang ramai, malah ada yang turut meluahkan kesedihan berikutan tidak berkesempatan untuk melakukan perkara sama kepada orang tua mereka.

“Saya kagum dengan keluarga ni, 11 beradik boleh berpakat untuk gembirakan ibu bapa,” ujar seorang pengguna.

“Alhamdulillah, suka tengok. Saya baru beberapa tahun keluar merantau. Belum sempat bagi apa-apa lagi, ayah saya dah pergi dulu,” kongsi @MhdzulkifLee.

“Semoga rezeki kau orang 11 beradik terus mengalir seperti air zamzam yang tak pernah putus. Saya pun ikut sebak bila tengok video ni. Tahniah sebab dah gembirakan seorang ayah yang banyak berjasa,” ucap @Melati 4776. – KOSMO! ONLINE

@zerul23Hadiah Dari Kami 11 Beradik Yang Tumbuh Membesar Oleh Tanganmu ABAH&Ma. Sempena Hari Bapa Untukmu ‘ABAH’ dan Anniversarry ke-38 Tahun Bersama ‘IBU’ Yang Dicintai.

♬ original sound – azzerruleyoung

Read Entire Article
Pertanian | | | |