Tiga selamat, seorang remaja dikhuatiri lemas mesin padi jatuh sungai

19 hours ago 6
KEADAAN mesin padi yang terjunam dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jerlun hari ini.
  • Oleh JAMLIAH ABDULLAH
  • 6 September 2025, 6:00 pm

JERLUN – Tiga terselamat sementara seorang remaja masih hilang setelah mesin padi yang mereka naiki terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, dekat sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.40 petang tadi dan menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat empat mangsa terlibat, dua daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

“Sementara seorang lagi berjaya diselamatkan anggota bomba dan seorang lagi mangsa yang juga remaja dipercayai lemas selepas terjatuh dari mesin padi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kini sedang dijalankan di sekitar lokasi kejadian dengan kaedah pencarian di permukaan sungai yang turut dibantu oleh pasukan polis. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |