Telegram Edisi Siasat, Edisi khas berdepan tindakan sivil – MCMC

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.

Menerusi satu kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa kedua-dua saluran itu dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang
berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Jelasnya, tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap
penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP(C)”].

“Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC.

“Berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, MCMC telah memohon dan
berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan tersebut serta menghalang penerbitan semula kandungan-
kandungan seumpamanya,”kata MCMC hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, tindakan itu juga bagi memastikan kedaulatan
undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi.

Bagaimanapun katanya, pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

“MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia
platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan
di ruang digital masing-masing.

“MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |