Sesak 14km di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Ainsdale

4 hours ago 3
Keadaan sebuah bas yang terlibat kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bandar Ainsdale hari ini.
  • Oleh MUHAMMAD HARRITH NOOR HISHAM
  • 26 Jun 2026, 9:46 pm

NILAI – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berdepan kesesakan trafik sepanjang 14 kilometer (km) susulan kemalangan di KM 275.5 berdekatan Bandar Ainsdale melibatkan sebuah bas.

Status terkini itu dikongsikan menerusi saluran Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Info Trafik yang memaklumkan keadaan trafik masih sesak setakat pukul 7.19 malam tadi.

“Bomba masih berada di lokasi dan menunggu kenderaan penunda bagi kerja pengalihan bas. Lapan orang penumpang bas yang tiada kecederaan telah bergerak dari lokasi menaiki bas lain. Trafik sesak 14KM,” menurut kenyataan LLM Info Trafik.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya berkata, kemalangan pada pukul 5.59 petang itu berlaku selepas sebuah bas yang membawa 15 penumpang serta masing-masing seorang pemandu dan kelindan bas telah terbabas.

“Pemandu bas berusia 46 tahun dilaporkan tersepit dan mengalami cedera parah telah dikeluarkan oleh pihak bomba, manakala kelindan bas dan lima penumpang cedera ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |