Selisih ajal kereta rempuh kenderaan parkir di hentian bas

9 hours ago 7
KEADAAN kereta jenis Honda City selepas terbabas di Jalan Mahkota Medical Centre, di Banda Hilir, Melaka malam tadi.
  • Oleh AMRAN ALI
  • 28 Mei 2026, 2:36 pm

MELAKA – Seorang lelaki berselisih ajal selepas kereta dipandunya terbabas merempuh kenderaan lain yang diparkir di tepi hentian bas berhampiran Jalan Mahkota Medical Centre di Banda Hilir di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.14 malam itu, mangsa berusia 34 tahun itu terselamat dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang melanggar Proton S70 yang diparkir berhampiran hentian bas.

“Pemandu kereta Honda City itu didapati telah selamat keluar daripada kenderaan dan tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |