‘Saya menyesal dan sudah bertaubat’

5 hours ago 2

KLANG – Seorang pelajar universiti awam (UA) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik sepupunya sejak dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 19 tahun membuat pengakuan tersebut selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mahkamah bagaimanapun kemudiannya menetapkan tarikh fakta dan jatuh hukum pada 20 Ogos depan selepas mendengar laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, anak sulung daripada empat beradik itu didakwa melakukan amang seksual fizikal berkenaan terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan di dalam sebuah rumah di Sungai Buloh.

Perbuatan itu dilakukan pada 2023 dan tahun ini ketika mangsa semasa kejadian berusia 7 dan 8 tahun.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Ayuni Jamri tidak menawarkan sebarang jaminan
kerana adalah kesalahan serius terhadap mangsa yang mempunyai hubungan sepupu dengan tertuduh.

Namun, katanya, sekiranya mahkamah membenarkan, beliau mencadangkan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sama ada sendiri atau melalui wakil.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam mitigasinya merayu jaminan dikurangkan atas sebab pesalah muda.

“Saya menyesal dan insaf dengan perbuatan ini dan merupakan kesalahan pertama.

“Sebelum ini, saya telah direman kurang sebulan dan masa itu digunakan bagi merenung apa yang telah dibuat dan kini bertaubat. Saya dan tiga adik masih belajar serta disara bapa. Mohon ringankan jaminan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |