Sama-sama kita doakan Amira cepat sihat – Ibu Fattah Amin

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Keprihatinan ibu kepada pelakon Fattah Amin menziarahi penyanyi Amira Othman yang sedang menerima rawatan di hospital meraih pujian ramai.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Azizah Abdul Ghani, 54, berkongsi gambar bersama Amira selain menitipkan doa agar penyanyi itu segera sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

“Sama-sama kita doakan Amira Othman cepat sihat.

“Semoga setiap urusan dipermudahkan dan dilimpahi kesembuhan yang penuh rahmat,” tulisnya.

Kehadiran ibu pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu di hospital nyata menyentuh hati ramai netizen malah hubungan mesra mereka mendapat reaksi positif yang membuktikan kasih sayang keluarga Fattah bukan sekadar lakonan dalam media sosial.

“Mak dia pun sanggup datang tengok. Bukan calang-calang hubungan, dan wayang semata-mata,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Berbunga-bunga rasa hati. Sampai tak perlu kirim bunga dah, Fattah terus hantar mak sendiri,” tulis seorang lagi netizen.

“Kalau sudah emak sendiri pergi melawat, ini bukan lagi dalam fasa berkawan rasanya, moga yang baik-baik sahaja untuk Fattah dan Amira,” komen peminat.

Terdahulu, Fattah, 34, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto Amira terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga tulip pemberiannya.

Keesokan harinya, aktor itu mengirim pula jambangan bunga mawar merah jambu dan ungu.

Lebih mencuit hati, duda satu anak itu kemudian bertanya kepada pengikutnya dalam Instagram tentang warna bunga yang sesuai untuk dihantar seterusnya, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi manja dalam kalangan peminat.

Terdahulu, pelantun Amira dimasukkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dipercayai akibat keracunan makanan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |