‘Rasa flat atas lantai, seperti bukan diri sendiri’

7 hours ago 7

PETALING JAYA – Mulanya tidak percaya, penyanyi rock Datuk Amy Search mengakui pengalaman menjadi mangsa ilmu hitam sekitar tahun 2000-an mengubah pandangannnya mengenai perkara berunsur mistik.

Menurut Amy atau nama penuhnga Suhaimi Abdul Rahman, dia pernah berada dalam tempoh tidak mempercayai hal berkaitan mistik termasuk ilmu hitam sebelum mengalaminya sendiri.

“Dahulu memang saya tak percaya, sepanjang menjadi penyanyi hampir 10 tahun namun semua itu berubah pada akhir tahun 2010.

“Saya sendiri alami benda berkaitan sihir itu, bertahun-tahun juga lamanya. Sekali sudah kena baru percaya, rupa-rupanya ada dan begini rasanya.

“Rasa macam dan ‘flat’ atas lantai, seperti bukan diri sendiri, nak pergi buat persembahan rasa macam ‘liat’ sangat, takut ketika berada di atas pentas dan tidak tahu nak menyanyi macam mana,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Tambahnya, dia menjalani pelbagai cara untuk kembali pulih termasuk bertemu dengan pakar perubatan Islam.

“Nak pulih ambil masa beberapa tahun juga dan memang ada pergi berubat seperti jumpa ustaz.

“Dahulu orang cakap dalam dunia seni memang banyak tetapi tidak percaya tetapi bila sudah kena, baru macam it’s real,” katanya lagi.

Mengambil iktibar, dia kini lebih berjaga-jaga dalam melakukan banyak perkara termasuk menerima sebarang benda daripada orang sekeliling.

“Tidak ada cara yang spesifik tetapi ada juga orang ingatkan kalau terima air minuman, pastikan bekas atau botol belum terbuka lagi.

“Sekarang lebih berhati-hati sebab kita tidak tahu dari mana benda itu datang dan berserah Tuhan saja,” ujarnya.

Terbaharu, dia baru sahaja muncul dengan filem 5 Bomoh yang turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Scha Alyahya, Datuk Afdlin Shauki, Khairy Jamaluddin dan Ungku Hariz. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |