SUBANG JAYA – Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail membuktikan statusnya sebagai pemain No.1 negara apabila melengkapkan hatrik kejuaraan dalam tempoh sebulan selepas menjuarai Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIO) 2026, hari ini.
Kejayaan tersebut hadir selepas Rafiq terlebih dahulu menjuarai Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura, sekali gus mengesahkan dia berada pada prestasi terbaik menjelang dua misi utama hujung tahun ini.
Rafiq yang ditemui pemberita di Sunway Megalanes hari ini, mengakui pencapaian merangkul tiga gelaran berturut-turut merupakan antara detik paling manis sepanjang kariernya sebagai pemain profesional.
“Perasaan saya memang gembira sebab tiga kejohanan untuk bulan ini, tiga-tiga saya menang. Ini antara pencapaian yang paling manis dalam karier saya.
Saya bersyukur sebab ada sistem sokongan yang kuat seperti keluarga, isteri, MTBC, MSN, ISN, MBPJ dan penaja yang sentiasa menjadi tulang belakang saya,” katanya.
Menurut Rafiq, kejayaan tersebut hadir kerana dia memilih untuk mengambil satu demi satu kejohanan tanpa memikirkan sasaran terlalu jauh.
“Saya tak gopoh. Saya cuba ambil satu demi satu dan tak mahu fikir tentang kejohanan seterusnya. Saya cuma ikut rentak dan fokus kepada apa yang ada di depan,” katanya.
Pada permainan terakhir, Rafiq mula beraksi dengan lebih tenang selepas melihat rentak pencabar lain yang dilihat semakin perlahan.
“Permainan terakhir saya agak relaks sebab saya tengok rentak pemain lain agak perlahan. Pada separuh permainan terakhir saya sudah tahu peluang untuk menang itu ada dan saya dapat bermain dengan lebih tenang,” katanya.
Dalam pada itu, Rafiq menjadikan insiden rumahnya dirompak sejurus pulang dari Terbuka Singapura sebagai motivasi tambahan selepas kerugian dianggarkan mencecah RM60,000. KOSMO! ONLINE30

1 hour ago
3







![[VIDEO] Buaya muncul lagi depan jeti penumpang Port Dickson](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-21-at-12.30.03-AM.jpeg)




![[VIDEO] Ingatkan gangguan ‘makhluk halus’, rupa-rupanya vape ‘mushroom’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-20-at-5.18.20-PM.jpeg)


































