PEMIMPIN dan penyokong
kompenan BN berkumpul bagi menunggu pengumuman calon yang akan bertanding dalam PRN Johor ke-16 di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI
- Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
- 24 Jun 2026, 2:57 pm
JOHOR BAHRU – Suasana di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di sini mula dipenuhi pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sempena Majlis Pengumuman Calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Petugas media daripada pelbagai agensi turut mula berkumpul di premis berkenaan seawal pukul 12 tengah hari bagi membuat liputan pengumuman tersebut.
Antara pemimpin BN yang dilihat hadir termasuk Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba serta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Mohd Fazli Mohamad Salleh.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada pukul 2.30 petang.
Bagaimanapun, program berkenaan ditangguhkan ke pukul 4.30 petang, dipercayai bagi memuktamadkan beberapa kerusi DUN yang masih belum dimuktamadkan.-KOSMO! ONLINE

10 hours ago
8



![[VIDEO] ‘Apa benda banyak lalu-lalang pukul 3 pagi ni ye?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/9b72c2da-096c-433c-8558-7db2cbdfe4ab.jpeg)











































