Polis buru pemandu Toyota Harrier pandu melulu

6 hours ago 4

SEBERANG PERAI – Polis giat mengenal pasti identiti pemandu sebuah kenderaan ultiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier yang tular selepas meloloskan diri ketika dikejar kereta peronda polis (MPV) di persimpangan Jalan Paboi-Bukit Tambun di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, pihaknya telah terkesan dengan satu video berdurasi 18 saat yang dimuat naik menerusi media sosial semalam yang memaparkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi.

Menurutnya, siasatan menadapati kereta tersebut dipandu secara melulu serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain dalam usaha melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Rakaman kejadian melalui kamera papan pemuka (dashcam) telah tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.

“Satu laporan polis berhubung kejadian itu telahpun diterima. Siasatan sedang dijalankan mengikut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan Kanun Keseksaan kerana memandu dengan cuai di jalan awam.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan secara aktif oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS),” katanya di sini.

Beliau memberitahu lagi, orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Tuan Noremfarahana Tuan Roslan ditalian: 019-844 2162.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman dashscam yang memaparkan kenderaan Toyota Harrier berwarna hitam dipandu secara merbahaya di persimpangan lampu isyarat semasa dikejar kereta peronda polis.

Bagaimanapun tiada kemalangan dilaporkan dan kenderaan suspek berjaya memintas kereta yang sedang bergerak menuju ke arah Jalan Paboi-Bukit Tambun. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |