PENCURI dipaksa berjalan kaki tanpa memakai baju dengan buah durian digantung pada leher masing-masing. - AGENSI
- Oleh KOSMO!
- 4 Jun 2026, 7:00 pm
JAKARTA – Beberapa lelaki di Parigi Moutong dalam wilayah Sulawesi Tengah, diarak mengelilingi kampung selepas mereka didakwa mencuri durian baka monthong, lapor portal berita detiksulsel.
Kumpulan pencuri berkenaan dipaksa berjalan kaki tanpa memakai baju dengan buah durian digantung pada leher masing-masing.
“Kami mengesyaki mereka sudah beberapa kali mencuri durian di kawasan Desa Posona Atas,” kata Ketua Seksyen Pemerintahan Desa Posona Atas, Moh Efendi kepada wartawan kelmarin.
Kejadian bermula apabila penduduk kampung yang sedang melakukan rondaan malam ternampak seorang pemuda lalu di jalan kampung pada Sabtu lalu kira-kira jam 10.30 malam (waktu tempatan).
Penduduk curiga melihat pemuda yang menunggang motosikal itu membawa beberapa biji durian monthong.
Pemuda itu ditahan dan disoal siasat dengan lebih mendalam dan akhirnya beberapa nama kawannya turut didedahkan dan mereka mengaku mencuri durian tersebut. AGENSI.

6 hours ago
6





![[VIDEO] ‘Allah dah makbulkan doa ayah nak disemadikan di Mekah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/HAJI-TANAH-SUCI.jpeg)






































