Orang Perlis, Kedah, Pahang jaga-jaga, hujan lebat hingga malam ini

7 hours ago 6

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, antara kawasan terlibat ialah Perlis serta beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Katanya, turut terlibat ialah beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Sementara di Sabah, kawasan Pedalaman dan Pantai Barat termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran turut diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat selain WP Labuan,” kata MetMalaysia, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Orang Perlis, Kedah, Pahang jaga-jaga, hujan lebat hingga malam ini appeared first on Kosmo Digital.

Read Entire Article
Pertanian | | | |