PETALING JAYA – Jika kebanyakan wanita terpaksa melakukan pelbagai cara hanya untuk mendapatkan saiz aset yang montot dan besar, pempengaruh media sosial Leona pula sebaliknya. Dia mahu menjalani pembedahan demi mengecilkan saiz payudara bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Disebabkan saiz payudara juga, pemilik nama lengkap Kasih Iris Leona Azhar, 23, terpaksa menanggung rasa sakit belakang, selain harus menggayakan pakaian bersaiz lebih besar sehingga menampakkan dirinya seperti bertubuh gempal.
“Saya mahu melakukan pembedahan mengecilkan payudara dan saya serius. Saya juga tidak mahu sakit belakang lagi.
“Saya selalu memakai baju besar, macam mana nak cakap? Pinggang dan bahagian badan utama saya saiz S.
“Tetapi sebab saiz payudara, kadang-kadang saya perlu pakai M atau L kerana dada saya sangat besar,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.
Pada masa sama, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu turut meluahkan rasa terkilan kerana sering kelihatan gemuk disebabkan saiz payudaranya.
“Meskipun saya lebih kecil, payudara saya masih kelihatan besar seperti tidak sesuai dengan badan saya.
“Saya marah dengan diri saya, saya tidak gemuk tetapi nampak seperti berisi sebab keadaan payudara,” ujarnya.
Selain kepuasan sendiri yang mahukan kesempurnaan tubuh, saiz bahagian tubuhnya itu turut menyebabkan Leona derdepan serangan psikologi dan buli siber terutama daripada netizen lelaki nakal yang gemar meninggalkan komen berbaur ‘lucah’ dalam akaun media sosialnya.
Perkara tersebut dikongsi Leona selepas melihat banyak sokongan yang menyebelahinya saat menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki tersebut menyamar dengan menggunakan identiti orang lain dan meninggalkan komen jelek berkaitan payudaranya. – KOSMO! ONLINE