KUALA LUMPUR – Multi Talent Sdn. Bhd. (Multi Talent) melihat permintaan terhadap penganjuran program latihan profesional yang memberi penekanan dalam bidang penyiasatan dalaman, keselamatan dan pengendalian situasi serta insiden kritikal adalah sangat menggalakkan daripada pelbagai sektor dan industri.
Bersandarkan kepada program sulung yang dianjurkan iaitu Kursus Asas Penyiasatan dan dan Penyiasatan Persendirian baru-baru ini di sebuah hotel di sini selama empat hari yang mendapat sambutan menggalakkan, membuatkan syarikat mahu meneruskan lagi pada masa depan.
Pengerusinya, Datin Sharifah Zanariah Syed Mahamood berkata, buat permulaan kursus tersebut telah melibatkan seramai 50 peserta yang mana mereka daripada latar belakang pelbagai segmen industri dalam bidang insurans, takaful, keselamatan dan perdagangan.

Menurut beliau, kursus ini adalah salah satu latihan profesional di bawah program Elevate HRDCorp 2026 yang menyediakan kursus pembangunan kemahiran yang praktikal, relevan dan berterusan kepada tenaga kerja.
“Kami berharap program ini akan dapat berkembang sebagai satu platform pembangunan kompetensi yang memberi manfaat kepada lebih ramai tenaga kerja dan organisasi.
“Keperluan terhadap tenaga kerja yang berkemahiran, bersedia dan mampu bertindak secara profesional semakin penting dalam menghadapi cabaran persekitaran kerja masa kini.
“Pembangunan modal insan memerlukan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan memberi pendedahan kepada pengalaman, situasi yang dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan serta kesiapsiagaan peserta,” katanya dalam sesi temu bual bersama media baru-baru ini.

Selain itu, dalam majlis tersebut, Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Mazlan Lazim telah melancarkan buku bertajuk Berfikir Seperti Penyiasat, hasil tulisan gabungan empat penulis termasuk Sharifah Zanariah yang merupakan bekas Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) bersama Suresh D Muniandy dan Ravin M Krishnan, masing-masing pernah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, manakala Noorul Huda Abdul Jabar memiliki latar belakang daripada bidang akademik.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi HRDC, Datuk Rusli Jaafar.
Buku tersebut adalah satu usaha perkongsian ilmu dan pengalaman yang mengetengahkan pendekatan pemikiran secara sistematik, pemerhatian, analisis serta penilaian maklumat, yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi profesional dan kehidupan seharian. -KOSMO! ONLINE

6 hours ago
4












![[VIDEO] ‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/parit.jpeg)






























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





