Mediu agresif tarik minat pelajar tempatan mendaftar di universiti

6 hours ago 3

KUALA LUMPUR – University Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) sedang mempertingkat usaha untuk menarik lebih ramai pelajar tempatan melanjutkan pelajaran masing-masing di institusi pengajian tinggi itu.

Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Seri Ir. Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, selama hampir dua dekad lalu, universiti berkenaan telah menjadi pilihan pelajar antarabangsa daripada kira-kira 93 buah negara termasuk dari Asia Barat, Amerika

Syarikat dan juga Asia Pasifik serta ASEAN yang mahukan pendidikan berkualiti tinggi serta fleksibel.
Menurut beliau, sehingga kini, bilangan pelajar yang mengikuti pelbagai kursus dan program di universiti tersebut adalah seramai 3,216 pelajar dan 90 peratus daripadanya terdiri daripada pelajar luar negara.

“Oleh itu, kami mahu me­ningkatkan bilangan pelajar tempatan kepada 20 peratus tahun depan berbanding 10 peratus pada masa sekarang.

“Kami menjangkakan kemasukan pelajar baharu untuk semester baharu pada bulan September ini adalah seramai 400 orang dan 10 peratus daripada jumlah tersebut terdiri daripada pelajar tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pasukan pengurusan tertinggi Mediu yang terdiri daripada tokoh akademik dan berpengaruh di sini baru-baru ini.

Turut hadir Naib Canselor Mediu, Datuk Dr. Alhazmi Saeed Nowifea S.

Selain itu, Kamal menerangkan, salah satu faktor penarik untuk menggalakkan penyertaan pelajar tempatan adalah me­ngadakan kerjasama rapat dengan beberapa pihak penyedia dana seperti Lembaga Zakat dan syarikat korporat yang boleh membantu dalam aspek pembiayaan kepada pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Mediu.

Dalam pada itu, Alhazmi Saeed berharap, pasukan pengurusan tertinggi universiti baharu itu bakal membimbing universiti untuk meneruskan pengoperasian yang lebih berkualiti de­ngan perancangan hala tuju yang lebih berpotensi sekali gus dapat mengukuhkan kedudukan Mediu di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Ini menandakan satu langkah penting untuk Mediu bergerak ke hadapan. Kami juga percaya pelajar Malaysia boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

“Dengan sokongan dan persekitaran yang betul, mereka boleh mencapai kecemerlangan dan menjadi pemimpin global,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |