Lelaki Indonesia lemas ketika mandi lombong

15 hours ago 7
ANGGOTA bomba ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat lelaki Indonesia lemas selepas dipercayai melakukan aktiviti mandi manda di kawasan lombong Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kota Tinggi semalam.
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 16 Jun 2026, 10:11 am

KOTA TINGGI – Tindakan seorang lelaki warga asing yang dipercayai melakukan aktiviti mandi manda di kawasan lombong bertukar tragedi apabila ditemui lemas di Plot 12, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam.

​Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Sudarwanto, 32 warga Indonesia ditemui meninggal dunia di dasar lombong berkenaan selepas dilaporkan hilang.

​Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II Bahtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 5.59 petang.

​”Mangsa ditemui di kawasan tengah lombong pada kedalaman kira-kira 11 meter, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |