SUNGAI PETANI – Seorang lelaki bertindak kejam apabila mengikat dan menyeret anjing menggunakan motosikal dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya, di sini semalam.
Perbuatan lelaki itu bagaimanapun disedari pengguna jalan raya lain yang kemudian menahannya sebelum melepaskan haiwan tersebut.
Kejadian pada pukul 4.30 petang itu dirakam seorang wanita yang kemudian memuat naik ke akaun Facebooknya. Haiwan tersebut ditemui dengan kesan kecederaan pada kaki sebelum dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE