Kucing ‘dibelai manja’ oleh lembu

1 day ago 11
TANGKAP layar menunjukkan kucing dan lembu begitu manja antara satu sama lain. - Viata La Tara
  • Oleh KOSMO!
  • 20 Ogos 2026, 7:30 pm

BUCHAREST – Sebuah rakaman video tular memperlihatkan aksi mencuit hati seekor kucing yang kelihatan menikmati momen manja bersama seekor lembu di sebuah ladang ternakan di Romania, lapor laman berita radar kediri.

Video berdurasi pendek dimuat naik oleh akaun Facebook Viata La Tara itu mendapat perhatian meluas netizen selepas merakamkan suasana interaksi penuh kehangatan antara dua haiwan berbeza spesies berkenaan.

Melalui rakaman itu,  seekor  kucing berbulu putih dengan corak kelabu-coklat dilihat duduk santai di atas struktur kayu, manakala lembu di sebelahnya perlahan-lahan menjilat dan membelai haiwan kecil itu.

Interaksi luar biasa ini membuktikan bahawa jurang spesies bukan penghalang kepada jalinan persahabatan yang tulus, sekali gus menyentuh hati dan menghiburkan para pencinta haiwan di seluruh dunia.- AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |