Sasaran kualiti udara Selangor perlu dikaji semula

11 hours ago 8
Amirudin pada pelancaran RS-2 di Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 21 Ogos 2026, 6:19 pm

SHAH ALAM – Sasaran berkaitan kualiti udara di Selangor perlu disemak semula berikutan cabaran pencemaran itu yang dipercayai berpunca dari negara jiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penilaian semula itu penting memandangkan kerajaan negeri tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pencemaran yang datang dari luar negara.

“Keadaan itu berbeza dengan pencemaran yang berpunca daripada aktiviti dalam negeri ini seperti pembakaran terbuka.

“Jerebu di Selangor baru-baru ini juga datang dipercayai daripada jiran. Jadi, macam mana kita nak ukur atau timbang balik (tahap pencemaran),” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri perlu mengambil kira faktor yang berada di luar bidang kawalan negeri ketika menilai sasaran berkaitan kualiti udara. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |