KUALA LUMPUR – Boleh disifatkan sebagai pelakon senior, Shah Jaszle akui tidak memilih watak, sebaliknya dia lebih menghargai tawaran lakonan kerana itulah punca rezekinya untuk menyara keluarga.
Menurut Shah atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 38, dia seorang yang tak boleh duduk diam dan suka bekerja. Disebabkan itu dia akan memastikan rutinnya sentiasa sibuk dengan penggambaran sepanjang tahun.
“Saya suka duit, jadi saya ambil sahaja ‘job’ yang dapat. Saya siap cakap dengan pengurus, penuhkan sahaja jadual sebab saya memang kena ada duit.
“Lagi pula bila dah kahwin dan ada anak, yang penting komitmen bulanan itu nak kena kejar. Itu yang penting, sebab anak-anak saya pun suka meminta untuk beli apa dia nak. Jadi, saya kena belikan,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Sepenuh Hati Rindu di sini, baru-baru ini.
Ditanya tidakkah dia berasa penat jika terus-terusan menerima tawaran lakonan, kata pelakon filem Azura 2012 itu, dia pernah cuba untuk berehat, tetapi sudah mula rasa bosan selepas tiga hari.
“Penat itu menang ada. Sebenarnya saya sendiri pun pernah cuba cakap dengan pengurus, saya nak ‘break’ sekejap. Tapi tiga hari sahaja, selepas itu saya hubungi dia (pengurus) balik tanya tak ada ‘job’ ke?
“Jadi, saya rasa memang tak boleh kalau tidaj bekerja. Bagaimanapun, tawaran diterima itu mesti berbaloi. Nak kena ada ‘feel’ juga,” katanya yang turut mempunyai perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan.
Terbaru, Shah sedang sibuk menjalani penggambaran drama Sepenuh Hati Rindu di Pahang. Drama yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3 itu menggandingkannya dengan Farah Nabilah.
“Saya terima watak ini kerana jalan ceritanya yang bagus dan bukan cerita cinta orang kaya. Jarang saya dapat watak macam ni. Jadi orang susah.
“Berlakon pula di kawasan kampung dan tepi laut. Kulit saya sampai terbakar. Ini kali pertama saya jadi gelap macam ni,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

11 hours ago
10
![[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pomen-kepala.jpeg)


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)






![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)





![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)






















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)







