PETALING JAYA – Seorang mekanik didakwa mengalami luka kecil di bahagian muka selepas kepalanya dipercayai ditolak seorang pelanggan lelaki, dalam kejadian di sebuah bengkel di Sungai Buloh.
Kejadian itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan rakaman itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Zul Ikmal pada ‘page’ Saujana Utama, Sungai Buloh di platform berkenaan.
Pada video tersebut, kelihatan mekanik atau ‘pomen’ berkenaan sedang membaiki motosikal seorang pelanggan lelaki dan mereka berdua bercakap antara satu sama lain.
Bagaimanapun, pelanggan itu secara tiba-tiba menolak kepala pomen tersebut dari belakang sehingga topi dipakainya jatuh.
Zul Ikmal mendakwa, mekanik tersebut adalah rakannya dan dia mengingatkan pelanggan berkenaan supaya tidak melepaskan kemarahan dengan melakukan perbuatan sedemikian.
“Kalau kami sebagai ‘pomen’, salah… bagitahu. Bukan suka-suka naik tangan, kau ingat kepala member (kawan) aku ni apa bola ke? Kau suka tempeleng macam gitu.
“kalau ada siapa yang kenal brother (abang) naik motor ni, pesan kat dia. Datang mana-mana bengkel jangan suka-suka nak baran.
“Lagi satu jangan nak tunjuk pandai dekat bengkel orang. Datang bengkel bawa adab, bukan biadab,” katanya pada hantaran berkenaan hari ini.
Dia berkata, lelaki tersebut juga dialu-alukan untuk datang ke bengkel itu sekiranya tidak berpuas hati.
“Kalau dia tak puas hati datang bengkel, kita selesaikan. Sekarang ni kau dah guna fizikal bagi kecederaan dekat muka kawan aku, hilang rasa hormat dekat orang tua macam kau ni,” katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang meminta melaporkannya kepada pihak berkuasa.
“Jangan bagi muka orang macam ni. Lapor polis dan saman, bagi pengajaran. Jangan sekali-kali tarik laporan,” komen pengguna Facebook Fahiz Dammahum.
“Anak muda sanggup kerja ‘pomen’ pun bagi aku dah cukup bagus. Patut kita sokong, bukannya bersikap kurang ajar,” kata Saiful Azuar.
“Pergi balai buat laporan. Nanti polis bagi surat untuk ke klinik. Lepas tu mesti dia datang merayu suruh kau tarik laporan,” komen Mohd Abu. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)







![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)





![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)






















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)







