KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) mendapat arahan hanya memproses permohonan yang disyorkan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi projek di bawah Program Jana Wibawa.
Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan, Datin Rosni Mohd. Yusoff, 54, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan di kementerian berkenaan berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Datuk Zamzuri Abdul Aziz yang merupakan ketua beliau pada ketika itu.
“Sebagai penjawat awam, minit (catatan) yang tertera ataupun minit yang diletakkan dalam satu dokumen itu adalah merupakan satu tindakan. Berdasarkan kepada minit tersebut, tindakan telah pun diambil oleh Pejabat Menteri Kewangan dan diberi arahan kepada Bahagian Perolehan melalui Datuk Zamzuri dan juga kepada saya.
“Hierarkinya, datangnya daripada pejabat PMO kepada Pejabat Menteri Kewangan. Pejabat Menteri Kewangan memberi arahan kepada SU Bahagian Perolehan untuk melaksanakan tindakan sepertimana yang telah diminitkan dan itu adalah punca kuasa untuk saya melaksanakan proses tersebut,” katanya semasa disoal
Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat.
Saksi pendakwaan ke-25 itu menyatakan demikian pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa.
Sebelum ini, Rosni dalam pernyataan saksinya berkata, syarikat KCJ Engineering telah lulus penilaian pada peringkat pertama (syarat mandatori) dan kedua (keupayaan kewangan), namun gagal pada penilaian peringkat ketiga (keupayaan teknikal).
Sementara itu, semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin adakah saksi itu menerima arahan terus daripada anak guamnya (Muhyiddin) saksi itu menyatakan ‘tiada’.
Perbicaraan dihadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung lagi 26 Ogos ini.
Mengikut pertuduhan, Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada empat buah syarikat serta seorang individu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

12 hours ago
9
![[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pomen-kepala.jpeg)


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)






![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)





![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)






















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)







