Kecoh, peserta Himpunan Tangkap Azam Baki gaduh mulut

2 hours ago 2
Pemprotes berarak dari pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 25 April 2026, 6:53 pm

KUALA LUMPUR – Acara Himpunan Tangkap Azam Baki di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini berakhir dengan insiden kekecohan kecil melibatkan beberapa individu, petang ini.

Situasi tegang itu dipercayai tercetus susulan salah faham antara peserta sebaik himpunan selesai, sebelum berlaku aksi tolak-menolak dan pertikaman lidah.

Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal oleh petugas keselamatan dan anggota polis yang bertugas di lokasi.

Tinjauan Kosmo! mendapati suasana kembali tenang tidak lama kemudian apabila peserta diarahkan bersurai sepenuhnya.

Setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan namun difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Terdahulu, peserta himpunan berkenaan mula berkumpul seawal pukul 2 petang di hadapan pusat beli-belah Sogo sebelum bergerak secara berperingkat menuju ke penghujung Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran Dataran Merdeka. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |