JAKARTA – Tentera Indonesia mengesahkan bahawa kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Nimitz belayar melalui Selat Melaka pada 17 Jun lalu ketika ketegangan semakin memuncak antara Israel dan Iran, lapor laman berita Jakarta Globe malam tadi.
Pelayaran transit tersebut mengundang tumpuan negara-negara menarik serantau dengan USS Nimitz yang diiringi armada kecil kapal perang lain dan kapal selam, dipercayai dalam perjalanan ke Teluk Parsi.
USS Nimitz bergerak ke selatan dari Laut China Selatan melalui Selat Singapura dan Selat Melaka sebelum memasuki Lautan Hindi, berkemungkinan menuju ke Asia Barat Timur untuk mengukuhkan pertahanan Amerika Syarikat di rantau tersebut.
Kristomei Sianturi, Ketua Pusat Maklumat Tentera Nasional Indonesia (TNI), Kristomei Sianturi berkata, armada gempur diketuai USS Nimitz menggunakan hak lintas transit melalui selat antarabangsa, seperti yang diiktiraf oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
“Kapal tersebut belayar melalui Selat Melaka di bawah hak lintas transit. Di bawah UNCLOS.
“Kapal asing termasuk kapal perang, dibenarkan melintas tanpa memerlukan kebenaran terlebih dahulu dari negara-negara pesisir pantai, selagi mematuhi peraturan navigasi antarabangsa dan tidak membahayakan keselamatan negara-negara terbabit,” kata Kristomei dalam satu kenyataan siang tadi.
Beliau menekankan bahawa TNI terus memantau aktiviti maritim asing dalam bidang kuasa Indonesia untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan maritim.
“Semua unit TNI yang berkaitan terus bersiap sedia dan berkoordinasi bagi memastikan kestabilan dan kepentingan nasional di perairan strategik ini,” tambahnya.
Laluan USS Nimitz berlaku ketika pemerhati-pekerhati tentera mengesyaki AS sedang menyusun semula aset tentera lautnya sebagai tindak balas kepada konflik yang semakin menggelegak antara Israel dan Iran.
Media Rusia, Sputnik, sebelum ini melaporkan bahawa USS Nimitz (CVN-68) sedang menuju ke Asia Barat. – AGENSI