- Oleh WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
- 29 April 2025, 8:40 am

BESUT – Seorang wanita tidak menyangka kelainan yang ditawarkan bagi kek pisang jualannya berjaya menambat selera orang ramai sehingga meraih pendapatan mencecah RM8,000 sebulan. Nor Syahira Idayu Sukri, 33, berkata, ketika ini dia berjaya menjual kira-kira 200 biji kek pisang setiap bulan. Selain kek pisang asli, wanita itu turut menawarkan sembilan lagi variasi antaranya keju, buah campur, kekacang dan coklat leleh bagi memenuhi permintaan pelanggannya. “Saya mahu membuang tanggapan orang ramai bahawa kek pisang hanya sekadar pencuci mulut sampingan semata-mata.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

