UMAT Islam menyertai solat subuh di sekitar Kaabah, Masjidil Haram di Mekah. - GAMBAR HIASAN
- Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
- 23 Mei 2026, 11:52 pm
MEKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan seorang jemaah lelaki telah meninggal dunia di sini semalam.
TH berkata, jemaah berasal dari Machang, Kelantan, berusia 77 tahun itu hadir bersama isteri ke Tanah Suci.
“Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer. Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada pukul 5.40 petang akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, TH memberitahu jenazah telah disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat subuh semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah untuk dikebumikan.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
2















































