PETALING JAYA – JBL Charge 6, satu lagi model baharu pembesar suara mudah alih keluaran JBL yang tahan lasak dengan hayat bateri yang panjang diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
Produk yang telah berada di pasaran dengan tawaran harga RM999 itu memiliki pilihan warna yang menarik iaitu hitam, biru, putih, merah, skuad, merah jambu, ungu dan hitam funky.
Menurut kenyataan JBL, reka bentuk produk dalam bentuk tiub ini memberi gambaran berbeza daripada pesaing di pasaran.
“Ia kini menampilkan pangkalan berkaki rata untuk kestabilan tambahan dengan bampar penutup hujung yang lebih tebal untuk penyerapan hentakan yang lebih baik selain dilengkapkan dengan pemegang dwi-konfigurasi serba boleh yang dijadikannya sebagai tali dua mata tradisional.
“Perubahan ini mungkin kelihatan kecil, tetapi ia menambahkan peningkatan yang bermakna pada kebolehgunaan sehari-hari,” katanya.
Melalui penarafan IP68, JBL Charge 6 kini bercirikan kalis habuk sepenuhnya dan boleh menahan rendaman dalam air sehingga satu meter selama 30 minit.
Tambah JBL, semasa ujian dilakukan terhadap produk berkenaan, ia akan terus bermain tanpa sebarang halangan atau calar manakala bampar yang lebih besar itu bukan sahaja untuk penampilan tetapi ia dapat melindungi peranti daripada jatuh secara tidak sengaja sehingga satu meter.
“Jangka hayat model ini amat cemerlang dengan bateri dan pengecasan walaupun dimainkan sepanjang hari,” ujarnya.
Salah satu ciri utama siri Charge adalah bank kuasa terbina di dalamnya yang akan membolehkan pengguna mengecas telefon atau tablet melalui USB-C.
Bateri yang dinaik taraf menawarkan sehingga 24 jam main balik pada mod standard dan sehingga 28 jam dengan Playtime Boost di samping tempoh penegecasan dari kosong untuk mencapai status penuh mengambil masa kira-kira tiga jam
Kualiti audio besar dan pintar dengan menggunakan aplikasi JBL Portable, memperhalusi audio dengan penyamaan 7-jalur, membolehkan setiap trek bersinar dengan keseimbangan tonal yang sesuai.
JBL Pro Sound dan AI Sound Boost di gandingkan untuk JBL Charge 6 menganalisis audio secara dinamik dalam masa nyata untuk mengurangkan herotan dan meningkatkan kejelasan.
Pemisahan tinggi, pertengahan dan rendah adalah berbeza dan tahap volum kekal bersih serta sesak walaupun pada keluaran hampir maksimum di luar.
Ketersambungan dan Keserasian Charge 6 menampilkan Bluetooth 5.4 dan menyepadukan Auracast, membolehkan gandingan mudah dengan pembesar suara JBL lain.
JBL Charge 6 melebihi jangkaan iaitu menangkap bunyi ambien yang halus dalam rakaman asal seperti ketukan papan kekunci dan hum latar belakang serta mempamerkan julat dan sensitivitinya. -KOSMO! ONLINE