Iran bedil Israel guna peluru berpandu tidak dapat dikesan

8 hours ago 4

TEHRAN – Kementerian Pertahanan Iran menyatakan bahawa ia menggunakan peluru berpandu baharu yang tidak dapat dikesan buat pertama kali dalam serangan yang menyasarkan kemudahan perisikan Israel, lapor agensi berita IRNA semalam.

Jurucakap kementerian, Brigedier Jeneral Reza Talaei-Nik berkata, serangan itu berjaya menembusi sistem pertahanan udara berlapis yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).

“Dalam serangan hari ini (semalam), kami menggunakan peluru berpandu yang tidak dapat dikesan atau dipintas,” katanya.

Merujuk serangan itu sebagai kejutan kepada musuh, beliau menegaskan bahawa Israel akan diserang menggunakan lebih banyak lagi (peluru berpandu).

Reza menambah, sasaran dibedil menggunakan kedua-dua misil berpandu ketepatan meskipun ‘lapisan pertahanan kuat’ mengelilingi kemudahan Israel.

Katanya, serangan itu menunjukkan kelemahan Israel dalam apa selama ini dianggap sebagai mempunyai salah satu alat perisikan dan keselamatan paling canggih di rantau tersebut.

“Walaupun bertahun-tahun berbangga tentang keunggulan perisikan mereka, sebuah pusat keselamatan dan perisikan Israel kini telah diserang secara langsung,” katanya.

Reza selain itu memberi amaran bahawa Israel tidak bersedia untuk konflik yang berpanjangan.

“Berdasarkan pengalaman selama 75 tahun dan pelbagai faktor ketenteraan dan bukan ketenteraan serta pertimbangan strategik lain, Rejim Zionis tidak dapat bertahan dalam perang yang panjang,” katanya.

Beliau menambah bahawa angkatan bersenjata Iran telah dibekalkan terlebih dahulu dengan senjata dan peralatan canggih untuk menjangkakan potensi permusuhan. 

“Banyak sistem canggih kami masih belum digunakan,” katanya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |