GEORGE TOWN – Hospital Bukit Mertajam (HBM) mencipta pencapaian membanggakan apabila disenaraikan dalam kelompok 250 hospital paling hijau di dunia menerusi penarafan World’s Greenest Hospitals 2026 oleh Newsweek dan Statista.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong menerusi satu kenyataan di sini, petang tadi.
Menurutnya, HBM merupakan satu-satunya hospital dari Malaysia yang tersenarai dalam kelompok berprestij berkenaan.
“Ini bukan sahaja pengiktirafan kepada HBM, malah turut mengangkat nama Bukit Mertajam dan Malaysia ke pentas dunia.
“Kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan dan komitmen warga HBM yang diketuai Dr. S. Prashant dalam membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang lestari,” katanya.
Jelasnya, pada 2025, HBM turut memenangi Gold Award bagi kategori ‘Most Sustainable Hospital 2025’ menerusi penyertaan bertajuk ‘Pioneering 135 Years of Eco-Friendly Healthcare: HBM’s Journey Towards Becoming a Sustainable Hospital.
Beritahu Steven lagi, pertandingan berkenaan melibatkan 399 penyertaan daripada 140 hospital di 14 negara Asia yang bersaing dalam 10 kategori.
“Daripada pengiktirafan di peringkat Asia pada tahun 2025, kini HBM melangkah lebih jauh dengan menerima pengiktirafan di peringkat dunia pada tahun 2026.
“Ini membuktikan bahawa usaha berterusan dalam aspek kelestarian, kecekapan dan penjagaan kesihatan mesra alam telah membuahkan hasil yang membanggakan.
“Sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam, saya sentiasa percaya bahawa hospital kita perlu diberikan sokongan dan sumber sewajarnya untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat” ujarnya.
Dalam pada itu, katanya lagi, sejak 2023, pejabatnya berusaha mendapatkan sumber kerajaan bagi pembangunan HBM termasuk RM200,000 untuk projek naik taraf tandas awam pada 2023, RM50,000 bagi Klinik Mata pada 2024 dan RM5 juta untuk kemudahan CT Scan pada 2025 menerusi peruntukan Kementerian Kewangan.
“Setiap peruntukan ini membolehkan doktor, jururawat dan seluruh warga HBM memberikan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat Bukit Mertajam.
“Saya dan Saudara Daniel Gooi, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang juga sedang bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia untuk menaik taraf HBM,” tambahnya yang turut merakamkan tahniah kepada seluruh warga HBM termasuk petugas kesihatan yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
10
![[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pomen-kepala.jpeg)


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)







![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)





![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)





















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)







