Hantaran ringkas ‘Alhamdulillah’ Asyraf Wajdi cetus tanda tanya

5 hours ago 7
Hantaran dimuat naik Asyraf Wajdi di Facebook.
  • Oleh KOSMO!
  • 18 September 2026, 10:51 am

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencetuskan tanda tanya selepas berkongsi hantaran ringkas di Facebook dengan ungkapan “Alhamdulillah”.

Hantaran tersebut dimuat naik ketika isu permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi perhatian susulan keputusan Lembaga Pengampunan sebelum ini yang menangguhkan permohonan berkenaan ke mesyuarat akan datang.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak menjelaskan perkara yang dirujuk menerusi ungkapan tersebut.

Sebelum ini, beliau menyatakan UMNO menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pengampunan itu.

Perkongsian terbaharu itu kini menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan dengan perkembangan terbaharu berhubung proses pengampunan Najib. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |