Gempa Segamat: Penyelidik lakukan siasatan rekahan tanah

2 weeks ago 16
KUMPULAN penyelidik melakukan siasatan rekahan tahan yang berlaku di tanah kebun milik seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2, Segamat susulan kejadian gegaran gempa bumi lemah.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 31 Ogos 2025, 4:37 pm

SEGAMAT – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan siasatan awal susulan kemunculan rekahan tanah di kebun milik seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Pengarah JMG Johor, Noorazhar Ngatimin turun ke lapangan hari ini dan turut sama terlibat dalam kajian subpermukaan menggunakan kaedah resistiviti di lokasi yang didakwa berlaku rekahan.

Turut sama di lapangan ialah Pengarah MET Malaysia Johor, penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pejabat Pegawai Daerah Segamat, Penghulu dan Ketua Kampung.

Menurut JMG, kajian ini adalah bagi mendapatkan maklumat awal bawah permukaan bagi kawasan yang terjejas dengan kejadian gempa bumi.

Semalam, media melaporkan kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di belakang rumah wanita itu, dipercayai kesan sampingan gegaran gempa bumi.

Penduduk yang bimbang dengan rekahan yang semakin membesar sekiranya gegaran berlaku lagi, memohon agensi berkaitan mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |