Gempa bumi ketujuh di Johor, berpusat di Semerah, Batu Pahat

2 weeks ago 17
ANTARA mesej pemberitahuan yang dikongsikan pengguna laman sosial berhubung kejadian gempa bumi lemah berlaku di Semerah, Batu Pahat hari ini.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 31 Ogos 2025, 3:53 pm

JOHOR BAHRU – Satu lagi kejadian gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Semerah, Batu Pahat dekat sini hari ini.

Menerusi mesej pemberitahuan di Google, kejadian gempa lemah 3.0 magnitud itu dikesan pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Kejadian terbaharu ini adalah yang ketujuh melanda Johor selepas enam siri gegaran berlaku di daerah Segamat.

Kosmo! bagaimanapun sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berhubung maklumat ini.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |