PETALING JAYA – GD Properties akan memajukan sebuah projek pembangunan bercampur, KL360@ Menara GD, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.37 bilion di pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur, bersebelahan Stesen MRT Raja Uda di sepanjang Jalan Tun Razak.
Projek ini menghidupkan semula pembangunan yang telah lama terbengkalai dengan visi
baharu yang berani untuk menjadikannya sebagai mercu tanda seni bina dan pelancongan
di Kuala Lumpur.
Ia sekali gus menandakan lembaran baharu bagi para pembeli yang telah menunggu selama hampir sedekad untuk melihat sebarang kemajuan.
Selain menunaikan janji yang dibuat kepada pembeli dan pemegang taruh, pembangunan KL360 @ Menara GD ini dijangka menyumbang kepada aktiviti ekonomi tempatan melalui penciptaan
peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan peningkatan kerancakan komersial di kawasan
sekitarnya.

Timbalan Pengerusi Kumpulan GD Properties, Wong Seng Tong berkata, dengan mengambil peranan sebagai white knight (penyelamat projek) untuk menghidupkan semula dan menyiapkan projek ini, pihaknya akan menyuntik nafas baharu ke dalamnya dengan visi yang diperbaharui, rangka kerja pelaksanaan yang diperkukuh, serta perkongsian strategik.
“Melalui projek ini, kami mahu bersama sama mencapai aspirasi KPKT untuk mencapai sasaran sifar projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030,” katanya pada majlis pelancaran pecah tanah projek pembangunan tersebut yang telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di sini baru-baru ini.
Seng Tong menerangkan, majlis pecah tanah hari ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memastikan pembangunan ini dapat disiapkan dengan jayanya dan penuh tanggungjawab.
“Kami memahami betapa pentingnya projek ini bagi mereka yang telah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk melihat ia digerakkan ke hadapan.
“Dengan mengambil peranan sebagai white knight (penyelamat projek) untuk menghidupkan semula dan menyiapkan projek ini, GD Properties akan menyuntik nafas baharu ke dalamnya dengan visi yang diperbaharui, rangka kerja pelaksanaan yang diperkukuh, serta perkongsian strategik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

8 hours ago
6








![[VIDEO] Enam maut SUV bertembung lori](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/ENAM-MAUT-SUV.jpeg)




































