Fadhlina (dua kanan) ketika menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Raiyan di Melaka, hari ini. Foto FACEBOOK
- Oleh MUHAMMAD HARRITH NOOR HISHAM
- 26 Jun 2026, 8:13 pm
PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hari ini menziarahi keluarga pelajar lelaki yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di Sekolah Menengah Telok Mas, Melaka kelmarin.
Fadhlina berkata, beliau mewakili seluruh keluarga besar Kementerian Pendidikan menyampaikan salam takziah kepada kedua-dua ibu bapa Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael, 14.
“Kelmarin kami dikejutkan dengan berita duka pemergian Allahyarham Muhammad Raiyan selepas selesai menjalani latihan ragbi di sekolah. Hari ini, saya ziarahi keluarganya di Melaka.
“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan keluarga terus diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya menerusi media sosial.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Kosmo! seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti sesi latihan ragbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas kira-kira pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3

















































