EPL: Arsenal ‘muak’ dengan Gyokeres

7 hours ago 4

LONDON – Arsenal mengalihkan tumpuan memburu penyerang RB Leipzig Benjamin Sesko, selepas rundingan mendapatkan Viktor Gyokeres dari Sporting Lisbon gagal mencapai kata sepakat.

The Gunners sebelum ini meletakkan Gyokeres, 27, sebagai sasaran utama apabila penyerang Sweden itu cemerlang di Portugal, menjaringkan 54 gol dan 13 bantuan sekali gus membantu Sporting menjuarai berganda domestik.

Perbincangan terhenti apabila ejen Gyokeres, Hasan Cetinkaya tidak mencapai kata sepakat bersama Presiden Sporting, Frederico Varandas apabila menafikan wujud perjanjian membenarkan Gyokeres dilepaskan jika tawaran mencecah £59 juta (RM 337.35 juta).

Media Portugal melaporkan Arsenal ‘membekukan’ usaha mendapatkan Gyokeres apabila Sporting meletakkan tanda harga £68 juta (RM 370.54 juta) sebagai syarat pelepasan yang dianggap terlalu mahal untuk pemain itu.

Ini mendorong The Gunners segera menumpukan perhatian kepada Sesko, 22, penyerang Slovenia RB Leipzig, masih menuntut £70 juta (RM 408.70 juta) bagi melepaskan bintang muda tersebut.

Ketua jurulatih Slovenia, Matjaz Kek, menasihati penyerang itu supaya kekal di Eropah ketika kelab Liga Arab Saudi, Al Hilal turut berminat mendapatkan khidmatnya.

“Saya nasihati dia supaya tidak ke Saudi, sekurang-kurangnya tidak pada usianya sekarang. Saya bukan merendahkan Liga Arab Saudi. Saya pernah bekerja di Al-Ittihad.

“Tapi, masanya akan tiba apabila dia patut ke sana. Saya percaya dia dan ejennya cukup bijak membuat keputusan yang terbaik, demi masa depannya,” katanya.

Kelab gergasi lain seperti Manchester United, Chelsea, AC Milan dan Juventus turut menyatakan minat terhadap Sesko, yang masih terikat kontrak di Red Bull Arena.

Selain Sesko, Arsenal juga masih berminat mendapatkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins, selepas membuat tawaran £60 juta (RM 343.07 juta) pada jendela Januari lalu, namun ditolak. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |