Enam lelaki disambung reman kes tetak di Pekan Nanas

10 hours ago 8
Enam suspek kes tetak dibawa keluar dari Mahkmah Majisteret Kulai setelah disambung reman, hari ini.
  • Oleh MUHAMMAD ZIKRI
  • 28 Mei 2026, 1:47 pm

KULAI – Enam lelaki tempatan disambung reman tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes kematian pemuda berusia 22 tahun dipercayai ditetak di Pekan Nanas, di sini baru-baru ini.

Perintah lanjutan reman ke atas kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Kulai di sini selepas reman selama tujuh hari sebelum ini berakhir hari ini.

Terdahulu, keenam-enam suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.

Kesemua suspek berusia 18 hingga 22 tahun itu ditahan dalam operasi khas sejak pukul 8 malam, 21 Mei hingga 4 pagi, 22 Mei lalu di sekitar Batu Pahat dan Gelang Patah.

Dalam kejadian pada 21 Mei lalu, mangsa ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan di tangan dan kaki di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |